Sunday, June 14, 2026

Anwar, Muhyiddin hentikan pertikaian peribadi di mahkamah

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat keputusan menghentikan pertikaian peribadi dan prosiding di mahkamah.

Kedua-dua pihak dalam satu kenyataan bersama berkata, persetujuan itu dibuat setelah mengambil kira saranan Hakim Mahkamah Tinggi dan keadaan semasa negara terutama soal kelangsungan hidup.

Mereka juga bersetuju untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan susulan terkait perkara tersebut.

“Setelah mempertimbangkan kesan saman fitnah kepada umum serta mengambil kira saranan Hakim Mahkamah Tinggi dan keadaan semasa negara yang perlu diutamakan terutamanya soal kelangsungan kehidupan rakyat, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim dan YB Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin (Muhyiddin) bin Haji Mohd Yassin bersetuju dan mengambil keputusan untuk memberhentikan pertikaian peribadi mereka dan prosiding Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Guaman No. WA-23CY-58-12/2022 serta Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Guaman No. WA-23CY-18-07/2023.

“YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim dan YB Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Mohd Yassin merakamkan penghargaan kepada Hakim Mahkamah Tinggi dan pegawai-pegawai Mahkamah yang terlibat,” kata mereka dalam kenyataan tersebut.

Anwar dan Muhyiddin juga berharap perkara itu tidak dijadikan bahan yang boleh mengganggu-gugat kesejahteraan dan kestabilan awam serta keyakinan rakyat kepada Institusi Kehakiman Negara.

Muhyiddin sebelum ini memfailkan saman terhadap Anwar berkaitan dakwaan dia tidak mengambil langkah untuk menghapuskan hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion.

Anwar pula menyaman Muhyiddin berhubung dakwaan dai menerima bayaran sebanyak RM15 juta atas peranannya sebagai penasihat ekonomi Selangor.- Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan