29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Pelakon komedi Jamali Shadat meninggal dunia

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pelakon komedi popular, Datuk Jamali Shadat, 78, meninggal dunia, 8.30 pagi ini.

Menurut laporan Harian Metro, khabar duka ini dimaklumkan oleh cucunya, Isyraq Ariff Zalull Ariff, 31.

“Doktor sudah mengesahkan datuk sudah tiada. Urusan proses pengebumian akan dimaklumkan kemudian,” katanya seperti yang dipetik.

Jamali dikatakan amat terkesan dengan pemergian isteri, Lela Yacob pada Jun 2018 sehingga mengalami kemurungan.

Arwah isterinya meninggal dunia pada hari pertama Syawal selepas sebulan terlantar di hospital.

Advertisements

Jamali dilahirkan di Bukit Kapar, Klang, Selangor dan mempunyai lapan anak dan 39 cucu.

Pelawak lagenda ini cukup terkenal dengan watak ‘Atan’ sekitar tahun 1980-an.

Selain menjadi pelawak pentas, sepanjang hayat beliau, Jamali telah berlakon dalam enam buah filem.

Filem-filem itu ialah Aku Yang Berhormat (1983), Hantu Siang (1986), Mr Cinderella 2 (2003), Senario The Movie 2 (2009), Semerah Padu Stilleto (2010) serta sebuah filem Tamil Sun Sun Thatha (2012).

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan