27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Da’i Samsudin jawab isu UEL disekat bantu suku Bajau Laut

Mesti Baca

Oleh SAMSUDIN IBRAHIM

MEMANDANGKAN saya berasal dari Sabah dan kebetulan Semporna adalah Kampung saya maka ada beberapa sahabat yang meminta saya untuk mengulas isu antara Ustaz Ebit Lew (UEL) dan kerajaan Sabah yang ‘menyekat‘ beliau dari memberi bantuan.

Maka ini ialah ulasan saya dan semoga menjadi penyelesai dan pendamai kepada isu yang berlaku ini.

Firman Allah SWT,

(إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةࣱ فَأَصۡلِحُوا۟ بَیۡنَ أَخَوَیۡكُمۡۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ)

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) dan bertaqwalah kepada Allah (dengan pengharapan) semoga kamu beroleh Rahmat.” [Surah Al-Hujurat 10]

Pertama sekali sebagai orang dakwah, saya menghormati kedudukan UEL yang semestinya lebih senior, lebih lama dan lebih banyak menyumbang kepada ummah berbanding saya yang baru setahun jagung.

Kehebatan beliau tidak dapat disangkal lagi, tatkala politikus berebut kekuasaan beliau terjun ke medan kebajikan, tanpa mengira ras dan agama.

Bahkan inilah gambaran Islam sebagai Rahmatan Lil ‘Alamin (Rahmat ke atas sekelian Alam).

Advertisements

Namun, harus difahami kita rakyat Malaysia masih tertakluk dan hendaklah patuh dengan undang undang yang telah diperuntukkan.

  1. Kawasan ESSZONE, ialah Kawasan Merah dan adalah kawasan yang off limit kepada orang yang di luar kawasan itu, sekali pun mereka orang Sabah.
  2. Di kawasan ini jugak dilarang untuk membina sebarang binaan jadi niat nak buat sekolah sebenarnya tak salah namun apakan daya ia bertentangan dengan undang-undang.
  3. Larangan itu juga bukan kerana menyekat bantuan daripada disalurkan namun tempat itu adalah kawasan berbahaya dan terdedah kepada ancaman pengganas terutamanya kumpulan Abu Sayaf dari seberang (negara jiran).
  4. Masyarakat Pala’u atau Bajau Laut adalah stateless (tidak bernegara) dan juga mungkin berisiko dimanipulasi oleh pengganas.

Saya asalnya tidak mahu menyentuh isu mengislamkan orang Bajau Laut yang sememangnya sudah Islam, namun itulah teknik dan kaedah mereka untuk mendapatkan bantuan. Dari situ kita boleh nampak bagaimana mudahnya mereka dimanipulasi.

Maka dari itu, sedikit teguran buat kandaku UEL yang saya hormati dan sayangi.

Kuatkan tim media dan sampaikan dengan fakta yang sebenarnya. Bermain dengan emosi itu bagus dalam dakwah dan ceramah. Namun dalam beberapa perkara yang besar sebegini kita perlu belajar untuk transparen.

Bermain dengan emosi dan tidak menjelaskan sebuah cerita dengan jelas akan mengeruhkan keadaan, ditambah dengan kedudukan UEL yang ramai pengikut maka transparency sangat penting kerana kegagalan untuk menjelaskan keadaan sebenar hanya akan membawa impak yang negatif dan fitnah yang besar.

Bahkan sekarang sudah ada yang melemparkan tuduhan dan cacian kepada frontliner keselamatan yang berjuang menentang pengganas di sempadan.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan Jabatan berkaitan agama seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS ) dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) tidak berfungsi dalam membantu asnaf dan fakir miskin

Saya yakin Ustaz tidak berniat pun untuk memburukkan mana-mana pihak, namun inilah ‘chained reaction’ daripada pernyataan yang kurang jelas . Ia menimbulkan persepsi yang pelbagai.

A half-baked truth is more dangerous than a white lie.

  • Da’i Samsudin adalah peserta Da’i Nusantara Musim Kelima. Tulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak mencerminkan pandangan Edisi 9.

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan