27.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Tular lelaki sorok gelang pink guna tuala

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Gambar seorang lelaki warga emas menyembunyikan gelang kuarantin Covid-19 pada tangannya dengan tuala tular di media sosial hari ini.
Laman Info Roadblock JPJ/ POLIS dalam hantarannya berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 3 petang semalam di Kompleks Muhibbah dekat Kampung Pandan.
Menurut hantaran itu, gelagat mencurigakan lelaki tersebut dengan membalut lengannya dengan tuala putih dikesan pengawal keselamatan premis yang kemudiannya menahan lelaki berkenaan.

“Setelah pemeriksaan didapat warga emas tersebut memakai gelang kuarantin,” tulis hantaran itu lagi.

Hantaran itu pada masa sama meminta para peniaga atau sesiapa yang berkunjung ke Kompleks Muhibbah pada petang semalam membuat ujian calitan Covid-19 jika bergejala.

“Jika bergejala seperti demam pening, selsema, batuk tekak perit minta segera ke Hospital dengan segera,” tambah hantaran itu lagi.

Advertisements

Sementara itu, seorang pengguna Facebook, Shaiful Ayyat dalam reaksinya percaya lelaki digelarnya pakcik itu tinggal seorang diri Dan perlu makan dan minum.

“Ingat kurantin di rumah ada orang bagi bantuan makanan ke? Kita bukan ulat dalam batu pun boleh hidup..ulat mana ada bayar sewa rumah,” tulisnya.

Ejal Riza dalam reaksinya pula membidas pengawal keselamatan dalam gambar itu kerana macam kurang pengetahuan  pasal Covid-19.

“Adoiii mask (pelitup muka) takde, jarak takde bersentuhan plak…ayoooo pastu balik peluk anak bini plak…jahanammmm,” tulisnya.

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan