34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Dr Noor Hisham dedah kisah gambar tular

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Dua gambar tular yang menunjukkan pekerja warga asing berada di kawasan pembinaan dengan memakai gelang merah jambu heboh diperkatakan netizen, baru-baru ini.

Namun, gambar itu sebenarnya adalah pekerja yang melalui saringan pengawasan Covid-19 dan bukannya kontak rapat pesakit di tapak binaan itu.

Gambar yang hangat diperkatakan netizen

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, individu-individu terbabit diberikan gelang merah jambu bagi mengelakkan mereka daripada keluar dari tapak binaan.

“Sebenarnya seramai 264 daripada 273 yang disaring, adalah melalui saringan ‘surveilance’ tapak bina. Mereka berada dalam kawasan tapak bina iaitu rumah kongsi basement 1 & 2 dan rumah kongsi tepi sungai.

“Tetapi mereka masih boleh bergerak di dalam tapak bina,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Dr Noor Hisham berkata, pihak pemaju sudah diminta memastikan semua pekerja yang disaring berada dalam kawasan tapak binaan.

Menurutnya, dua pengawal keselamatan diletakkan di pintu masuk tapak bina dan pihak polis IPD Wangsa Maju juga melakukan pemantauan setiap hari. 

Advertisements

“Pemaju juga dinasihatkan untuk melakukan kerja disinfeksi,” katanya.

Dr Noor Hisham memberitahu, pemaju terbabit sudah menghentikan operasi mereka pada 13 hingga 15 November untuk kerja pembersihan dan nyah cemar sehingga keputusan saringan diperoleh pada 15 November.

Ujarnya, arahan pelepasan (release order) dan pemotongan gelang merah jambu dilakukan pada 15 November pada pukul 11 pagi di tapak bina berkenaan.

“Hasil saringan terdapat 1 kes positif sahaja tetapi kes ini tidak tinggal di tapak bina, tetapi menetap di luar tapak bina,” katanya.

Katanya, hasil saringan terdapat 8 kontak rapat dikesan dan mereka sudah menjalani kuarantin selama 14 hari bermula 7 November lalu.

“Semua pekerja lain disahkan negatif dan diberikan pelepasan pada 15 November kecuali 8 kontak rapat kepada kes positif masih menjalani tempoh kuarantin,” katanya.

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan