25 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 19, 2021

Maut dibunuh anak sendiri

Mesti Baca


SEREMBAN – Seorang anak tergamak membunuh bapanya sendiri hanya kerana dia berang ditegur leka bermain telefon dalam satu kejadian dekat Simpang Pertang, Jelebu, hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin, mangsa, 59, maut di tempat kejadian selepas ditikam suspek dengan sebilah pisau pada bahagian depan dan belakang badan.

Katanya, siasatan awal mendapati, ibu mangsa sebelum itu keluar berjumpa saudaranya berhampiran rumah dan tinggal mangsa bersama suspek sebelum berlaku pertengkaran.

“Mangsa dipercayai memukul belakang suspek dengan kerusi plastik sebelum suspek menikam mangsa dengan pisau,” katanya yang dipetik Harian Metro, hari ini.

Maslan memberitahu, selepas menikam mangsa, suspek melarikan diri namun ditangkap 20 minit kemudian sebaik kejadian dimaklumkan kepada polis oleh jiran.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan dan motif kejadian manakala polis akan membuat permohonan reman suspek esok.

Sementara itu, seorang jiran yang enggan dikenali berkata, pertengkaran mulut kedua-dua beranak berkenaan bukan pertama kali sebaliknya sudah banyak kali berlaku.

“Namun kali ini, tidak sangka pula ia berakhir dengan kematian,” katanya.

Baca juga:   Covid-19: PM minta rakyat bertenang, PATI jadi punca

Terkini

Kes harian, kematian, penggunaan katil tunjuk tren penurunan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan pelaporan kes harian, jumlah kematian, kapasiti penggunaan katil COVID-19 di hospital, dan Unit Rawatan...

Lagi Artikel Berkaitan