29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Amaran hujan lebat di negeri Pantai Timur

Mesti Baca


KUALA LUMPUR- Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca bahaya peringkat Merah di beberapa daerah Terengganu bermula malam tadi.

Menerusi satu hantaran Facebook, amaran Merah merujuk kepada hujan sangat lebat berterusan berlaku di Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. 

Amaran yang dikeluarkan pada pukul 11.50 malam tadi menyatakan hujan sangat lebat akan berterusan sehingga hari ini.

“Hujan lebat di negeri-negeri pantai timur juga berterusan dari malam tadi hingga 18 November,” kata kenyataan itu.

Selain itu, amaran cuaca buruk peringkat jingga dilaporkan berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan hujan lebat dilaporkan berterusan dari malam tadi hingga hari ini.

Di Kelantan, kawasan terjejas melibatkan jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

Negeri Terengganu pula peringkat jingga melibatkan daerah Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

“Amaran peringkat jingga di Pahang pupa melibatkan daerah Kuantan, Pekan dan Rompin,” kata kenyataan itu lagi.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning di Kelantan ( Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai) dan Pahang (Maran dan Bera) sehingga hari ini.

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan