29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Bekas menteri KBS meninggal dunia

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim meninggal dunia pada pukul 3.10 pagi ini pada usia 78 tahun.

Difahamkan bekas Ahli Parlimen Tampin itu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.10 pagi dipercayai di sebuah hospital di Ampang, Kuala Lumpur.


Memetik portal PNBBC, perkara itu dimaklumkan oleh anak-anak Allahyarham, Imri dan Sany melalui mesej yang tular dalam media sosial.

“Urusan solat jenazah dan pengebumian akan dimaklumkan seterusnya.

“Mohon bersama-sama kita mendoakan agar roh beliau sentiasa dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh,” kata mereka.

Advertisements

Mokhtar pernah menyandang jawatan Ahli Parlimen Tampin mulai 1974 hingga 1983 dan Ahli Parlimen Rembau-Tampin mulai 1972 hingga 1974.

Allahyarham juga pernah menjadi Timbalan Menteri Luar, Timbalan Menteri Pertahanan serta Timbalan Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar.

Allahyarham yang aktif berpolitik pada tahun 80-an pernah menggemparkan negara kerana membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Taha Talib.

Pada 6 Mac 1983, Allahyarham dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas didapati bersalah atas kesalahan itu.

Bagaimanapun, hukuman tersebut diubah kepada penjara seumur hidup dan dibebas pada 10 Julai 1991 selepas mendapat pengampunan diraja.

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan