32.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 26, 2023

Darurat kendurkan ketegangan politik, fokus isu Covid-19

Mesti Baca

Mereka berpendapat dengan Proklamasi Darurat yang diisytihar pada Selasa, 100 peratus fokus kini dapat dihalakan kepada usaha memerangi penularan COVID-19 agar ia tidak menjadi lebih parah sekali gus memulihkan negara daripada kesan pandemik itu.

Memetik Bernama, pakar perlembagaan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Muhammad Fathi Yusof berkata Proklamasi Darurat merupakan langkah yang sangat baik, kerana ia juga dapat mengendur dan ‘merehatkan’ ketegangan politik sekali gus memberi peluang kepada usaha-usaha memerangi COVID-19.

Beliau berkata memandangkan darurat boleh bertindak sebagai mekanisme untuk mengelak berlakunya sebarang bentuk pilihan raya, ia adalah amat relevan memandangkan akan berlakunya aktiviti kempen dan pergerakan pengundi yang boleh meningkatkan risiko jangkitan COVID-19 sekiranya pilihan raya diadakan.

Bagaimanapun, beliau berpendapat bagi mengekalkan konsep semak dan imbang, adalah tidak salah sekiranya persidangan Parlimen tetap diteruskan sepanjang darurat bagi memberikan ruang kepada Ahli Parlimen untuk mengemukakan pandangan rakyat bawahan.

Muhammad Fathi juga menyifatkan penubuhan Jawatankuasa Khas Bebas sebagai langkah yang sangat baik bagi memastikan darurat benar-benar bertujuan untuk menangani wabak dan bukannya untuk tujuan politik.

Kewujudan wakil pembangkang dalam jawatankuasa itu menunjukkan keseriusan kerajaan memastikan ia tidak menjejaskan proses demokrasi.

Baca juga:   Henti sat politik, lawan la Covid dulu, rakyat dah 'nak muntah'

Dalam pada itu, pakar undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata meskipun enam negeri sudah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun darurat tetap diisytiharkan memandangkan ia dapat menangani situasi pandemik yang berada pada tahap kritikal, dengan lebih pantas.

Baca juga:   LIMA’23: Sasaran RM8 bilion nilai kontrak dan perolehan

Nik Ahmad Kamal yang juga Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara berkata dalam keadaan jangkitan yang nampak sukar dikawal, ditambah tekanan yang dialami oleh hospital dan ‘frontliners’ di perkhidmatan kesihatan, pengisytiharan darurat adalah cara yang paling berkesan.

Sementara itu, penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Profesor Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata pengisytiharan darurat itu juga sebagai langkah pencegahan segera bagi mengatasi peningkatan kes harian COVID-19 di negara ini.

Shamrahayu berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mempunyai hak untuk memperkenankan selama mana tempoh darurat itu dilaksanakan.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan Istana Negara memaklumkan Seri Paduka memberi perkenan tempoh pelaksanaan darurat itu atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Baca juga:   Darurat gagal halang penyebaran Covid-19 - Najib

Wartawan

Terkini

Arif Aiman dan Endrick alami kecederaan, terlepas aksi perlawanan Hong Kong

SKUAD Harimau Malaysia kehilangan dua tonggak utama Arif Aiman dan Endrick dos Santos akibat kecederaan menjelang aksi persahabatan antarabangsa...

Lagi Artikel Berkaitan