29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

11.06 juta terima pembayaran BPN2.0 21 Januari

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Bayaran fasa keduaâ €Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) kepada 11.06 juta penerima merangkumi 10.6 juta penerima BPN sedia ada serta sekitar 460 ribu penerima baharu dipercepatkan dan dimasukkan ke akaun bank penerima pada 21 Januari ini.

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pembayaran itu dicepatkan berikutan pengumuman pelbagai jenis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP, PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan) Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin.

“Secara keseluruhanya, jumlah penerima BPN 2.0 merangkumi 11.06 juta penerima (5.82 juta individu bujang, dan 5.24 juta penerima isi rumah) dengan jumlah bayaran/peruntukan sebanyak RM7.18 bilion setakat ini. 

“Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tengku Zafrul berkata, kira-kira 460 ribu penerima baharu BPN diluluskan permohonan mereka semasa tempoh⠀⠀permohonan/rayuan dibuka pada 15 Oktober hingga 15 November 2020 lalu. 

Semakan kelulusan itu katanya boleh dibuat mulai 15 Januari 2021 di portal rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my. ⠀⠀

⠀⠀⠀
“BPN 2.0 merupakan sebahagian daripada Kerangka Inisiatif Tambahan, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA PRIHATIN) bernilai RM10 bilion yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 23 September 2020 lalu.

“Inisiatifâ €BPN 2.0 tersebut disalurkan melalui dua fasa pembayaran, iaitu pada bulan Oktober 2020 dan Januari 2021,” tambahnya.⠀⠀⠀⠀

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan