Thursday, July 23, 2026

Ibu Fadillah Yusof meninggal dunia

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Ibu kepada Menteri Kerja Raya, Dayang Rosnah Abang Madeli meninggal dunia di kediaman beliau di PJ Heights, Petra Jaya, Sarawak, petang ini. 

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 6.39 petang.

Berita duka itu disampaikan pentadbir akaun Facebook Datuk Seri Fadillah Yusof menerusi catatan terbaharunya.

Menurutnya, jenazah Allahyarhamah akan disolatkan di Masjis Ikhwanul Islam, Taman Sukma pukul 9.30 pagi esok, 14 Januari 2021.

Jenazah kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya.

“Kepada mereka yang ingin menziarahi Allahyarhamah bolehlah ke Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma pada pagi esok. 

“Bersamalah kita menyedekahkan al-Fatihah untuk Allahyarhamah,” tulis hantaran itu lagi.

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan