29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

PKP: Tiada solat fardu, Jumaat di surau, masjid

Mesti Baca

SHAH ALAM – Solat Jumaat dan solat fardu berjemaah di masjid serta surau di Selangor ditangguhkan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari mulai hari ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad yang dipetik Bernama sebagai berkata, solat Jumaat digantikan dengan solat zuhur di rumah masing-masing sepanjang tempoh PKP.

Bagaimanapun katanya, hanya lima petugas masjid, surau kebenaran Jumaat dan surau dibenarkan menunaikan solat Jumaat serta solat fardu secara berjemaah pada setiap waktu.

Bagi majlis akad nikah pula katanya, ia akan dijalankan secara sidang video hanya kepada pasangan yang telah mendapat kebenaran berkahwin dan tarikh janji temu akad nikah oleh Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) atau di masjid pengurusan.

“Pelaksanaan akad nikah secara sidang video akan dilakukan pendaftar yang berada di PAID manakala pengantin, wali dan dua saksi berada di rumah. Pegawai Tadbir Agama (PTA) setiap daerah akan menetapkan pelaksanaan majlis akad nikah berdasarkan janji temu yang telah diatur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Shahzihan berkata, perkhidmatan utama JAIS khususnya melibatkan urusan nikah, cerai dan rujuk dilakukan secara dalam talian selain 10 kaunter talian telefon untuk konsultasi dan urusan janji temu dibuka.

Menurutnya, untuk sebarang pertanyaan, pelanggan boleh menghubungi talian 03-5514 3600 atau 03-5514 3400 sepanjang waktu pejabat dari Isnin hingga Jumaat selain platform e-mel menerusi [email protected].

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan