25.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Jelajah Jom Masuk UKM, Suria FM tercatat dalam MBOR

Mesti Baca

STESEN radio Suria FM dan Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai “Universiti Pertama Menjalankan Pengambilan Pelajar dengan Trak LED.”

Ia susulan pelaksanaan program Jelajah Jom Masuk UKM 2023 bersama kru Suria Wheels, Afiq dan Awien yang berlangsung baru-baru ini.

Program Jelajah Jom Masuk UKM 2023 bersama Suria Wheels yang dilaksanakan ekspedisinya bermula dari 8 Ogos hingga 2 September lalu itu telah menjelajah empat zon di Semenanjung Malaysia.

Ia bermula dengan zon timur di Kuantan dan Kuala Terengganu, zon selatan di Johor Bahru dan Melaka, zon utara di Alor Setar dan Pulau Pinang, dan yang terakhir zon tengah di UKM, Bangi.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin) berkata, pihaknya meluahkan rasa syukur dan berbesar hati di atas kolaborasi bersama UKM dan berharap kerjasama strategik itu dapat diperkukuhkan lagi.

“Kami berbesar hati dapat menjadi rakan strategik UKM dalam melaksanakan program ini.

Advertisements

“Kolaborasi ini adalah contoh jelas bagaimana inovasi dalam dunia penyiaran dan pendidikan tinggi boleh bersatu untuk mencapai kejayaan yang luar biasa.

“Pencapaian ini bukan sahaja memperkukuhkan kedudukan UKM sebagai institusi pendidikan terkemuka, tetapi juga membuktikan kebolehupayaan Suria FM sebagai sebuah stesen radio dalam membawa pendekatan kreatif dalam membantu mempromosikan pendidikan tinggi di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Gs. Ts. Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata, sebagai sebuah universiti yang bertaraf dunia, komitmen UKM melampaui sempadan bilik kuliah, dan inisiatif ini mencerminkan hasrat UKM untuk menjadikan pendidikan mudah diakses oleh semua.

“Dunia pada hari ini bergerak pantas dan pelbagai teknologi baharu sentiasa muncul pada setiap masa.

“Kita mestilah sentiasa peka dengan perubahan semasa. Kami di UKM juga sentiasa terbuka dalam menerima dan melaksanakan idea-idea baharu yang bernas bagi membolehkan teknologi yang ada dapat dimanfaatkan semaksima mungkin, khususnya berkaitan dengan perkembangan pendidikan,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan