Wednesday, July 22, 2026

Badrul Muhayat meninggal dunia dalam tidur

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AKTOR terkenal, Badrul Muhayat, 55, menghembuskan nafas terakhir ketika sedang tidur di sebuah rumah inap desa di Pulau Pinang, pagi tadi.

Pemergian pelakon tersebut disedari isterinya, Norhayati Zulkapli kira-kira pukul 9 pagi tadi ketika cuba mengejutkan suaminya untuk berniaga di Karnival Uda, Jalan Baru Perai, Pulau Pinang.

Norhayati berkata, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Johor Bahru, Johor.

“Jenazah arwah akan dibawa pulang ke Johor Bahru. Maaf, saya tidak boleh bercakap panjang kerana sedang membuat laporan di balai polis,” katanya seperti dipetik daripada Harian Metro, hari ini.

Badrul atau nama sebenarnya Badrul Muhayat Ahmad Jailani difahamkan tidak pernah mengalami sebarang penyakit yang serius. 

Allahyarham meninggalkan dua cahaya mata berusia 14 dan 16 tahun menerusi perkahwinan kali kedua dengan bekas isterinya, Julia Daud.

Badrul juga baru melangsungkan pernikahannya dengan Norhayati pada April lalu dan belum sempat mengadakan majlis resepsi. – Edisi 9

Related posts:

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan