32.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 3, 2023

Badrul Muhayat nikah graduan Universiti Liverpool

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PELAKON, Badrul Muhayat selamat bergelar suami kali ketiga apabila berkahwin dengan wanita pilihannya, Norhayati Zulkapli.

Difahamkan, wannita tersebut merupakan graduan Universiti Liverpool, England.

Badrul atau nama sebenarnya, Badrul Muhayat Ahmad Jailani yang menyambut ulang tahun ke-55, semalam bernikah di  Masjid Al Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur.

Nyata terkejut apabila pernikahan berkenaan tular, Badrul bagaimanapun menegaskan berniat merahsiakan majlis pernikahan kerana merancang mahu mengadakan majlis resepsi pada Jun atau Julai depan.

“Saya tidak memuat naik sebarang gambar dalam media sosial, namun tidak sangka berita ini boleh tersebar.

“Insya-Allah saya akan memperkenalkan isteri kepada semua pada hari berkenaan. Jadi, jika hendak tahu lebih lanjut bagaimana bibit pertemuan dan tempoh perkenalan, semuanya boleh diajukan pada majlis resepsi nanti,” katanya seperti dilapor BH Online.

Aktor kelahiran Johor Bahru, Johor itu berkata, mulanya merancang bernikah pada Julai depan, tetapi disebabkan ingin mengejar waktu dan membuat keputusan mempercepatkan majlis, semalam.

“Saya sebenarnya mengejar masa. Sebelum ini, sibuk dengan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kemudian anak-anak sudah mula bersekolah.

“Jadi, masa terlalu cepat dan suntuk, disebabkan itu kami buat keputusan tidak mahu menangguh majlis pernikahan.

Baca juga:   Sakit belakang sebelum, semasa dan selepas kehamilan

“Saya memilih tarikh lahir untuk diijabkabulkan sebagai satu simbolik. Ini kerana saya tidak tahu ajal dan maut di tangan Allah pada usia sekarang,” katanya.

Untuk rekod, Badrul pernah dua kali mendirikan rumah tangga, namun gagal mempertahankannya.

Baca juga:   BSN buka permohonan Skim Mikro Kredit PEMERKASA

Dikurniakan dua cahaya mata berusia 14 dan 16 tahun yang kini menetap bersama bekas isteri di Ipoh, Perak.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Sewa bulanan gerai D’Anjung Selera Madani turun kepada RM200

KERAJAAN Persekutuan bersetuju menurunkan kadar harga sewaan gerai D’Anjung Selera Madani sebanyak 50 peratus kepada RM200 sebulan. Perdana Menteri, Datuk...

Lagi Artikel Berkaitan