27.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 30, 2023

Pakai pelitup muka ketika solat raya – JAKIM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengingatkan pemakaian pelitup muka bagi jemaah yang akan menunaikan solat Aidilfitri di masjid atau surau.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, pemakaian pelitup muka itu akan kekal mengikut prosedur operasi standard (SOP) fasa peralihan ke endemik yang sedang berkuat kuasa.

Menurutnya, SOP fasa peralihan ke endemik amat menggalakkan pemakaian pelitup muka jika berada di kawasan ramai orang dan sesak.

“Ia hasil perbincangan bersama Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah.

“Setelah merujuk Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), dimaklumkan bahawa SOP Fasa Peralihan ke Endemik, yang sedang berkuatkuasa pada masa ini amat menggalakkan pemakaian pelitup muka jika berada di kawasan ramai orang dan sesak.

“Memandangkan SOP ini masih berkuat kuasa, maka JAKIM ingin menasihatkan kepada semua umat Islam supaya mengambil langkah berwaspada dan berhati-hati dengan kawalan kendiri jika berada di tempat perkumpulan ramai dan sesak, termasuk di masjid dan surau,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata beliau akan mengadakan perbincangan bersama Ketua Pengarah JAKIM dan Mufti Wilayah Persekutuan berhubung penetapan pemakaian pelitup muka semasa menunaikan solat Aidilfitri.

Menurutnya, walaupun ia baik untuk langkah pencegahan berikutan terdapat peningkatan penularan kes COVID-19 ketika ini, sebarang ketetapan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka perlu dirujuk kepada kedua-dua institusi terbabit terlebih dahulu.

-EDISI9

Terkini

Agong berkenan sertai pertandingan Golf Amal Istana Negara

YANG di-Pertuan Agong berkenan berangkat ke Pertandingan Golf Amal Istana Negara dan Perkhidmatan Awam 2023 di Kelab Golf Perkhidmatan...

Lagi Artikel Berkaitan