32.3 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Jerebu: Empat kawasan catat IPU tidak sihat

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK empat kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sehingga pukul 9 pagi tadi.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) yang diselenggara Jabatan Alam Sekitar, Cheras masih merekodkan bacaan tertinggi dengan 169.

Ini diikuti tiga kawasan lain seperti di Batu Pahat, Johor dengan bacaan 158, Bukit Rambai, Melaka (156) dan Larkin, Johor (137).

Bacaan IPU di 60 stesen lain direkodkan pada tahap sederhana sementara bacaan di empat kawasan Keningau, Sandakan, Kota Kinabalu dan Kimanis di Sabah mempunyai kualiti udara yang baik.

Advertisements

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad semalam berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan jerebu melanda negara ketika ini tidak akan berpanjangan.

Katanya, ini memandangkan tiupan angin yang kerap berubah.

Bagaimanapun kata beliau, operasi pembenihan awan akan dilakukan sekiranya IPU semakin merosot dengan mencatat tahap bacaan 151 hingga 200 melebihi 24 jam. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan