Wednesday, July 22, 2026

Sukan Asia: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik mara ke pusingan kedua

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mempamerkan kebangkitan untuk menewaskan wakil Hong Kong, Ng. Ka Long 15-21, 21-15, 21-16 sekali gus mara ke pusingan kedua badminton Sukan Asia Hangzou, China.

Dalam aksi yang berlangsung di Gimnasium Binjiang, Hanzhou hari ini, Zii Jia yang berada di ranking ke-16 dunia tewas 15-21 kepada Ka Long.

Namun, pemain berusia 25 tahun itu bangkit menang di set kedua 21-15 sebelum mengesahkan kemenangan 21-16 dalam set penentuan ke atas pemain nombor 18 dunia tersebut.

Zii Jia dijangka tidak berdepan masalah melepasi pusingan kedua apabila bakal turun menentang wakil Timor Leste, Mourinho Zefi.

Sementara itu, pasangan beregu sensasi negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dipaksa berpeluh sebelum menewaskan pasangan Taiwan, Lu Ching-Yao-Yang Po-Han.

Gandingan nombor lima dunia itu tewas set pertama 21-23 sebelum menang mudah 21-12 di set kedua namun berdepan set penentuan yang mendebarkan sebelum menang 23-21.

Aaron-Wooi Yik dijangka bertemu pasangan Thailand, Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren di pusingan kedua.

Perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei turut memperoleh kemenangan di pusingan pertama ke atas wakil Pakistan, Ghazala Saddique 21-10, 21-4. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan