31.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Ubah gaya hidup atau ubah menteri – sindir Syahir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

GAYA hidup perlu diubah atau menteri yang perlu diubah, sindir Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman.

Sindiran itu diberikan kepada Rafizi Ramli susulan kenyataan Menteri Ekonomi tersebut yang mengaitkan masalah kewangan dihadapi oleh rakyat Malaysia adalah dengan “ketagihan” mereka untuk makan di luar.

Rafizi turut dilaporkan berkata, perkara itu yang punca penyusutan pendapatan boleh belanja mereka.

Bagaimanapun, menurut Syahir, terdapat dua perkara yang perlu diubah susulan kenyataan Menteri Ekonomi tersebut iaitu sama ada rakyat mengubah gaya hidup atau menteri yang perlu diubah.

“Sekali baca, kenyataan ini bercanggah. Dua kali baca, ada perkara yang perlu diubah. Sama ada gaya hidup perlu diubah, atau menteri yang perlu diubah,” katanya menerusi Facebook beliau.

Advertisements

Semalam Rafizi berkata, tabiat makan di luar menyebabkan penyusutan pendapatan dan rakyat menjadi lebih sensitif terhadap inflasi mendadak pada harga makanan yang dimasak, walaupun ketika inflasi utama telah menurun.

Ujar Ahli Parlimen Pandan itu lagi, secara purata isi rumah tempatan membelanjakan kira-kira satu pertiga daripada pendapatan boleh guna mereka untuk makanan yang dimasak atau dibawa pulang.

Selain itu katanya, lebih separuh daripada makanan yang dipesan pada aplikasi penghantaran berharga RM30 atau kurang bagi setiap pesanan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan