26.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

PM arah kerjasama agensi kerajaan tangani trend jenayah yang kompleks

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan kesepaduan dan kerjasama agensi kerajaan dengan lebih proaktif dan efektif bagi menangani trend jenayah kewangan yang semakin kompleks.

Beliau berkata, adalah dianggarkan negara mengalami kerugian hasil sebanyak RM5 bilion setahun manakala jenayah kewangan yang menyumbang kepada ekonomi bayangan menyebabkan kehilangan hasil cukai yang dianggarkan sebanyak RM70 bilion setahun.

“Sehubungan dengan itu, saya menekankan bahawa agenda untuk meningkatkan tatakelola akan diteruskan.

“Perkara ini merupakan faktor penting dalam menghapuskan ketirisan dan pembaziran, serta menarik pelaburan dan meningkatkan persekitaran perniagaan, malah menjaga keselamatan rakyat dan sempadan negara,”katanya pada pertemuan dengan Ketua Jabatan dan Agensi Penguatkuasa yang berhubungan dengan jenayah kewangan petang semalam.

Pertemuan berkenaan adalah susulan daripada pertemuan pada 17 Ogos lalu yang telah dihadiri oleh 22 Ketua Jabatan dan Agensi Penguatkuasa.

Advertisements

Beliau berkata, amalan perundangan berkaitan pengurusan aset yang disita dan dilucut hak akan ditambah baik sejajar dengan tadbir urus terbaik antarabangsa.

“Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) perlu menambahbaik operasi pemantauan untuk memastikan usaha ini terus dipertingkatkan

“Saya merakamkan penghargaan kepada semua anggota agensi yang terus bertungkus lumus untuk memerangi dan menumpaskan jenayah ini. Saya juga menyeru kerjasama dan penglibatan rakyat untuk turut serta dalam usaha ini,”katanya.

Ujar Anwar, adalah menjadi harapan besar buat beliau dan seluruh rakyat Malaysia agar kesemua warga dan anggota agensi untuk meneruskan usaha murni ini dan melaksanakan amanah dengan penuh integriti demi mengangkat martabat negara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelan Tindakan Industri Penjagaan dijangka siap Julai – KPWKM

PELAN Industri Penjagaan di Malaysia yang dirangka sebagai pemacu perubahan untuk merancakkan ekonomi melalui industri penjagaan dijangka siap Julai...

Lagi Artikel Berkaitan