26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

JAWI siasat video tular bacaan doa campur upacara agama lain

Mesti Baca

JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menjalankan siasatan lanjut berhubung video tular memaparkan seorang lelaki disyaki beragama Islam yang mengimami bacaan doa di sebuah majlis disertai upacara keagamaan lain.

JAWI dalam kenyataan hari ini memaklumkan siasatan itu dilakukan bagi memastikan amalan tersebut tidak mengandungi unsur menyalahi pandangan hukum atau fatwa yang sedang berkuat kuasa.

“Sebarang kesalahan yang berhubung akidah boleh dikenakan tindakan undang-undang dan hukuman di bawah Akta 599, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997,” menurut kenyataan itu.

Advertisements

Insiden yang dikongsi melalui video berdurasi kira-kira 57 minit itu dikatakan berlaku ketika majlis pecah tanah bangunan baharu sebuah parti politik di ibu negara dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Menurut JAWI, keharmonian dan toleransi antara agama adalah perkara yang disarankan oleh ajaran Islam namun semua pihak dinasihat agar sentiasa merujuk kepada pihak berkuasa agama bagi memastikan tindakan dilaksana mengikut lunas hukum syarak. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan