33.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Zulkifli, Dr. Mazri calon PN di PRK Pulai, Simpang Jeram

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) menamakan usahawan, Zulkifli Jaafar sebagai calon bagi kerusi Parlimen Pulai pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 9 September ini.

Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pula, PN memilih pakar bedah vaskular dan endovaskular, Dr. Mohd. Mazri Yahya bagi mewakili parti itu.

Pengumuman itu dilakukan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bilik Gerakan Utama (BGU) PN Pulai, hari ini.

Muhyiddin berkata, calon yang dipilih parti itu bersih kerana telah melepasi empat tapisan yang ditetapkan.

“Calon yang kita letak ini sudah bersih, telah dibuat menerusi empat saringan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bebas, tiada hutang ke tak bayar cukai ke tak ada.

Advertisements

“Polis tiada kes jenayah. Soal insolvensi pun tiada sementara kes di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun tiada kes rasuah. Jadi mereka ini sudah bersih,” katanya ketika berucap memperkenalkan calon PN bagi PRK Pulai dan Simpang Jeram hari ini.

Turut hadir Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau; Timbalan Presiden Bersatu Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Azmin Ali dan Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Hussin.

PRK di kedua-dua kawasan tersebut diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu kerana pendarahan otak.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram adalah pada 26 Ogos, pengundian awal pada 5 September dan hari pengundian pada 9 September ini.

Setakat 23 Julai, seramai 166,653 individu layak mengundi bagi kerusi Parlimen Pulai dan bagi DUN Simpang Jeram pula seramai 40,379 pengundi. –  Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan