28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Gol tunggal Alvarez bantu City tundukkan Newcastle

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MANCHESTER City merekod kemenangan kedua dalam dua perlawanan selepas menang tipis 1-0 ke atas Newcastle United di Stadium Etihad, awal pagi tadi.

Gol tunggal perlawanan hanya hadir selepas 30 minit perlawanan menerusi jaringan penyerang dari Argentina, Julian Alvarez.

Alvarez yang menerima hantaran Phil Foden di dalam kawasan penalti melepaskan satu rembatan cantik ke sudut kiri gawang Newcastle sekali gus menewaskan Nick Pope.

Mateo Kovacic diberikan peranan mengendalikan jentera tengah Manchester City ketika menang 1-0 ke atas Newcastle United, awal pagi tadi. – Edisi9/Man City

Itu merupakan percubaan tepat pertama dalam perlawanan namun sudah cukup untuk melebarkan rekod 15 kemenangan berturut-turut City ke atas Magpies di laman sendiri.

Advertisements

City terus mendominasi babak pertama namun tiada gerakan berbahaya dicipta skuad bimbingan Pep Guardiola itu.

Sebaliknya, Newcastle bermula garang di babak kedua namun gagal melepasi benteng terakhir City yang dikawal Ederson.

JoÅ¡ko Gvardiol merupakan nadi pertahanan Manchester City ketika menang 1-0 ke atas Newcastle, awal pagi tadi. – Edisi9/Man City

Percubaan terbaik anak buah Eddie Howe itu hadir menerusi Bruno Guimaraes namun rembatan pemain tengah itu sedikit tersasar.

Newcastle menggandakan serangan dalam 10 minit terakhir bagi mencari gol penyamaan namun itu tidak dapat menyekat City daripada melebarkan rekod 17 kemenangan berturut-turut di laman sendiri. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan