28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Kerajaan Perpaduan tidak apologetik dalam pertahankan Islam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Perpaduan tidak apologetik dalam mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan dan memelihara seluruh hak rakyat Malaysia dengan pelbagai latarbelakang agama serta kepercayaan.

Dalam pada itu, katanya, beliau singgung kepentingan menguasai, mendalami dan memahami Al-Quran yang mengandungi mesej yang sarat dengan petunjuk.

“Tanpa kefahaman yang tuntas, ianya akan mewujudkan kelompok yang dangkal dalam ilmu sekaligus melahirkan dua sisi esktrem iaitu kelompok yang mempromosi Islamophobia dan lawannya yang melampau dalam agama,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Advertisements

Terdahulu, beliau hadir dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-63 Tahun 1445H/2023M di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur.

Dalam majlis itu, Perdana Menteri menzahirkan ucapan selamat datang dan penghargaan kepada seluruh peserta dan hakim jemputan yang melibatkan wakil dari 52 negara

“Alhamdulillah, semalam saya dan Azizah hadir dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-63 Tahun 1445H/2023M di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur.

“Semoga kita semua mendapat manfaat daripada usaha memulia serta memartabat Al-Quran dalam majlis ini dan seterusnya mengangkat kedudukan umat,”ujar beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan