33.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Kapal tentera laut China berlabuh di Pelabuhan Klang

Mesti Baca

KAPAL Tentera Laut China ETG162 berlabuh di Pelabuhan Klang di sini, semalam bagi mengadakan lawatan selama tiga hari di negara ini.

Ketibaan kapal itu disambut Asisten Ketua Staf Operasi dan Strategi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Muda Datuk Ee Tai Peng.

Kapten Kanan Tentera Laut China, Zhao Lang dalam ucapannya berkata, lawatan kapal itu menunjukkan sepenuhnya kepentingan hubungan dua hala antara China dan Malaysia yang berada di tahap tinggi dan kukuh.

Advertisements

“Sejak kapal pertama Tentera Laut China tiba di negara ini, kami telah menjalani pelbagai aktiviti seperti latihan bersama dan menyertai Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA),” katanya.

Pada majlis resepsi di atas kapal ETG162 itu, tetamu dipersembahkan dengan pertunjukan kebudayaan Cina. – Bernama

Advertisements

Terkini

Suspek serang balai polis Ulu Tiram buat persiapan rapi

POLIS mengesahkan suspek yang terlibat dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada awal pagi tadi telah...

Lagi Artikel Berkaitan