Sunday, June 14, 2026

Neonate X SVG Worldwide di Litar Sepang, Ahad ini

Mesti Baca

KEHADIRAN dua jenama ‘streetwear’ terkemuka Malaysia ini pastinya dinantikan oleh peminat mereka.

Bakal bergabung dalam satu acara, Neonate dan SVG Worldwide akan mengadakan pertunjukkan fesyen pada 20 Ogos, Ahad ini.

Bertempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), acara diberi nama Neonate X SVG itu bakal mempersembahkan pertunjukkan fesyen ‘Race Day’ sebagai meraikan acara fesyen paling terkemuka di Malaysia, Kuala Lumpur Fashion Week 2023 (KLFW23) yang berlangsung  bulan ini.

Pengasas SVG Worldwide Ashraf Anuar berkata, rasa teruja dan bersyukur kerana dapat melalui pelbagai pengalaman baru tentang industri fesyen apatah lagi terbabit secara langsung dengan KLFW23.

“Ini adalah pembabitan pertama SVG dengan KLFW yang secara literalnya acara fesyen terbesar di negara ini dan dikenali sebagai salah satu yang terbaik di rantau Asia.

“Walaupun pembabitan kami di luar jadual rasmi mereka, namun segala usaha serta kerja keras kami untuk menjayakan kolaborasi ini secara tidak langsung dapat menarik perhatian peminat-peminat KLFW kepada SVG.

“Ia amat bermakna buat kami yang masih baru di dalam industri ini. Kami berbangga dan tidak sabar untuk mempamerkan koleksi yang telah kami ilhamkan dan hasilkan khas menerusi kolaborasi Neonate X SVG ini,” katanya.

Dalam pada itu, Pengasas dan Pengarah Kreatif Neonate Clothing Company, Karl Shafek berkata, rasa sangat teruja apabila terbabit dalam menjayakan sebahagian aktiviti KLFW23.

“Terima kasih kepada KLFW23 dan semua rakan-rakan penaja yang terbabit sama dalam menjayakan Neonate X SVG ini,” katanya.

Koleksi RACE DAY oleh Neonate X SVG akan dipersembahkan khas buat kali pertama pada Ahad ini.

Bagi memeriahkan lagi acara, Karnival Mini turut diadakan di lapangan SIC pada hari berkenaan. -Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan