25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Belanjawan 2021: Cukai pendapatan diturunkan satu mata

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kadar cukai pendapatan akan diturunkan sebanyak satu mata peratusan bagi individu yang berpendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000.

Memetik laporan Malaysiakini, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, berkata penurunan itu dijangka memanfaatkan 1.4 juta pembayar cukai.

“Sukacita kerajaan mengumumkan beberapa inisiatif utama bagi meringankan beban kewangan rakyat semasa tempoh krisis wabak Covid-19 ini.

“Inisiatif pertama ialah penurunan kadar cukai pendapatan.

Advertisements

“Kerajaan bersetuju kadar cukai pendapatan untuk individu pemastautin diturunkan sebanyak satu mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000 yang dijangka memanfaatkan 1.4 juta pembayar cukai,” katanya semasa pembentangan Belanjawan 2021, di sini, hari ini.

Selain itu, Tengku Zafrul turut memaklumkan bahawa had pelepasan cukai pendapatan bagi gaya hidup dinaikkan daripada RM2,500 kepada RM3,000 iaitu tambahan RM500 yang dikhususkan bagi perbelanjaan berkaitan sukan termasuk bayaran penyertaan pertandingan sukan.

“Skop pelepasan ini juga diluaskan untuk meliputi langganan surat khabar elektronik,” katanya.

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan