26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Henti berpolitik, polemik, kini masa untuk bekerja

Ahli politik juga digesa supaya tidak mencetuskan pelbagai spekukasi mahu menjatuhkan kerajaan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SETIAUSAHA Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta ahli politik berhenti berpolitik dan berpolemik termasuk ditujukan kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Kini masa untuk bekerja bukan lagi berpolitik dan berpolemik.

“Buktikan prestasi khidmat bakti dan kerja masing-masing di negeri-negeri dan kawasan-kawasan yang dimenangi.

“Tempoh empat hingga lima tahun lagi, berperanglah lagi dalam medan Pilihan raya,”katanya menerusi Facebook beliau di sini.

Beliau turut menggesa ahli politik tidak mencetus pelbagai spekukasi mahu menjatuhkan kerajaan.

“Tidak perlulah lagi cetus pelbagai spekulasi mahu menjatuhkan kerajaan dengan cara tidak demokratik.

Advertisements

“Akta Anti Lompat Parti yang dilulus dan diwartakan hanya bermatlamat agar fenomena lompat-melompat sehingga menyebabkan kerajaan silih berganti sebanyak tiga kali dalam tempoh sepenggal tidak berulang kesekian kali.

“Rakyat dan negara sudah cukup tersiksa apabila politik tidak stabil hingga menjejaskan ekonomi. Sekarang masa untuk bekerja dan melaksana segala apa yang dijanji,”katanya.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan Abdul Hadi yang dilaporkan berkata usaha menukar Kerajaan Persekutuan boleh berlaku walaupun Perikatan Nasional (PN) hanya memenangi pilihan raya negeri (PRN) di tiga negeri.

Presiden PAS itu berkata, meskipun PN tidak memenangi tiga negeri lain seperti Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, namun gabungan tersebut telah memperoleh banyak kerusi pada PRN, Sabtu lalu.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, perubahan menukar kerajaan boleh berlaku memandangkan negeri terlibat merupakan kerajaan campuran termasuk ada parti politik yang mengalami krisis dalaman parti. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan