32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Piala Malaysia: KL City selangkah ke suku akhir

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KUALA Lumpur (KL) City FC hanya selangkah ke suku akhir Piala Malaysia selepas membenam cabaran Penang FC 4-0 dalam aksi pertama peringkat 16 terakhir di Stadium Bandaraya, malam tadi.

Juara tahun 2021 itu tidak menunggu lama apabila berada di depan seawal minit keempat menerusi penyudah kemas Tchetche Kipre untuk menjadikan kedudukan 1-0.

Penang FC memperoleh peluang menyamakan kedudukan pada minit ke-10 namun percubaan penyerang import baharu, Abdeen Abdul sedikit tersasar.

Penjaga gol KL City, Kevin Mendoza berjaya menepis percubaan Hadin Azman pada minit ke-20 sekali gus memastikan kelebihan satu gol pelawat kekal.

Kipre menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-25 apabila mudah menanduk masuk hantaran silang Paolo Josue, sekali gus gol kedua peribadinya pada malam itu.

Advertisements

Zafri Yahya melebarkan jurang jaringan pada selang lima minit kemudian menerusi satu sepakan separuh voli cantik melepasi kawalan Khatul Anwar Jalil di gawang Penang.

Nik Akif Syahiran Nik Mat terlepas peluang merapatkan jaringan pada minit ke-51 apabila percubaan leretnya dari dalam kawasan penalti hanya sedikit tersasar.

Penang terus buntu memburu jaringan pertama apabila percubaan Adriano pada minit ke-75 sekadar singgah di palang gawang KL City.

Romel Morales melengkapkan kemenangan besar KL City selepas merampas bola dari kaki Zaw Min Htun sebelum tenang menyepak masuk bola melepasi Khatul Anuar. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua lelaki cuba ceroboh Istana Negara ditahan

DUA lelaki warga tempatan ditahan selepas cuba menceroboh Istana Negara, Kuala Lumpur dengan alasan untuk berjumpa Yang di-Pertuan Agong,...

Lagi Artikel Berkaitan