Thursday, June 4, 2026

MUDA ajak rakyat Malaysia nilai Kertas Hitam MUDA II

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PARTI Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengajak semua rakyat Malaysia untuk menilai manifesto Kertas Hitam MUDA II bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), bulan depan.

Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, manifesto berkenaan terhasil daripada idea dan pandangan orang awam yang sudi terlibat dalam sesi sumbang saran bersama Biro Polisi MUDA.

“Banyak perkara penting yang kami sentuh dalam Kertas Hitam dan antaranya isu pencen berganda ahli politik, lebuhraya Petaling Jaya Traffic Dispersal Elevated Highway (PJD Link), permodalan bagi golongan belia,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Semalam, MUDA telah melancarkan manifesto dikenali Kertas Hitam MUDA II pada Majlis Pelancaran Manifesto MUDA.

Mengulas lanjut kata beliau, Kertas Hitam ini mengandungi manifesto dan agenda #PolitikBaru yang berteraskan pro rakyat, suara muda , ekonomi digital dan alam sekitar.

“Manifesto itu bersifat sebagai idea, penyelesaian dan cadangan penambahbaikan kepada mana-mana pihak yang bakal menerajui kepimpinan kerajaan negeri.

“MUDA perlu realistik, ini adalah idealisme yang kami ingin kongsikan.

“MUDA akan ketengahkan (manifesto) ini sebagai solusi kami, jadi jika kami berada dan menjadi suara rakyat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan seperti yang saya kata, kami tiada jumlah untuk membentuk kerajaan tetapi kami ada idea serta penambahbaikan yang boleh dicadangkan,” katanya.

Manifesto berkenaan mengetengahkan empat perkara utama yang memberi penekanan kepada reformasi institusi pentadbiran pada peringkat negeri, selaras agenda ‘Politik Baru’ dibawa parti itu, iaitu Prorakyat, Telus dan Inklusif; suara lantang anak muda; pendigitalan ekonomi dan perkhidmatan kerajaan; serta pemeliharaan alam sekitar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos depan sebagai hari mengundi PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, dengan tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan