25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Saifuddin belum terima notis tuntutan maaf Sanusi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan beliau sehingga kini masih belum menerima sebarang notis tuntutan maaf daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Noor.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu berkata, beliau boleh dihubungi pada bila-bila masa jika pihak sanusi ingin menyerahkan notis tuntutan tersebut kepadanya.

“Tak ada. Tak ada terima apa-apa (notis tuntutan). Dia kat Kedah saya kat sini. Bezanya saya boleh dihubungi bila-bila masa dan saya tak elak panggilan.

“Saya pun semalam di Kedah, sepanjang hari di Kedah. Malam ni ada di Kedah lagi. Saya boleh didekati dengan mudah. Tak payah didekati pukul 3 pagi, kalau sayalah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Imigresen 2023 di Dataran Pahlawan, Putrajaya hari ini.

Advertisements

Media hari ini melaporkan Muhammad Sanusi mengemukakan notis tuntutan terhadap Saifuddin supaya Menteri Dalam Negeri itu memohon maaf dalam tempoh tujuh hari bermula semalam.

Ini kerana Saifuddin didakwa menfitnah beliau berhubung kegiatan mencuri unsur nadir bumi (REE) di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu turut menuntut Saifuddin membayar ganti rugi munasabah berhubung kenyataan dakwaan fitnah tersebut yang mendakwa beliau menerima kompaun RM500,000 atas kesalahan mencuri unsur nadir bumi.

Turut hadir timbalannya, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan