Friday, June 5, 2026

Laporan palsu: 19 kes telah dituduh di mahkamah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 25 laporan palsu direkodkan oleh polis Kedah pada tahun lalu dan 19 kes daripadanya telah dituduh di mahkamah.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, statistik mendapati pengadu yang membuat laporan palsu menyatakan mereka adalah mangsa bagi kes-kes samun dan curi.

“Tindakan sedemikian juga didapati bagi tujuan menyelamatkan diri dan bagi mengelak daripada menanggung kerugian proses pembaharuan dokumen pengenalan diri, pasport serta dokumen penting yang dikenakan denda yang tinggi dan perlu ditanggung oleh pengadu,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, polis sentiasa komited dalam menjalankan siasatan dan laporan palsu ini telah dijalankan siasatan lanjut dengan membuka kertas siasatan dibawah Seksyen 182 Kanun Keseksaaan.

“Sehubungan dengan itu, 19 individu telahpun dituduh dibawah Seksyen terbabit iaitu kesalahan maklumat palsu dengan niat menyebabkan seorang penjawat awam menggunakan kuasanya yang sah di sisi undang-undang yang mendatangkan bencana kepada orang lain.

“Sekiranya sabit kesalahan boleh penjara enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

“Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak sesekali mengambil mudah dengan tindakan membuat laporan palsu dan bersikap mementingkan diri sendiri,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan