27.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 21, 2024

PRN enam negeri telan kos RM420 juta – SPR

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PILIHAN Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos depan dianggarkan menelan belanja sebanyak RM420 juta.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, pelaksanaan pilihan raya itu akan melibat sebanyak 153,760 petugas bagi membantu melancarkan proses di 173 pusat penamaan calon serta 186 pusat penjumlahan rasmi undi.

Katanya, PRN pada Ogos depan akan diadakan secara serentak di enam negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Bagi menjalankan PRN ke-15, SPR telah melantik 245 pegawai pengurus pilihan raya dan dibantu oleh 740 penolong pegawai pengurus.

“Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah 3,450 dengan 17,425 tempat mengundi atau saluran,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat SPR hari ini.

Advertisements

Beliau sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Khas PRN bagi membincangkan pelbagai perkara berhubung pelaksanaan pilihan raya di enam negeri itu termasuk penetapan tarikh undi dan lain-lain.

SPR telah menetapkan hari pengundian bagi pelaksanaan PRN di enam negeri adalah pada 12 Ogos depan dengan hari penamaan calon pada 29 Julai.

Sementara itu Abdul Ghani berkata kira-kira 9.77 juta pemilih layak mengundi pada PRN tersebut dengan sebanyak 9.67 juta daripadanya merupakan pengundi biasa.

Beliau berkata, Selangor mempunyai jumlah pengundi biasa tertinggi dengan 3.7 juta orang diikuti Kedah dengan 1.57 juta dan Kelantan 1.4 juta.

“Pengundi lain melibatkan 49,660 tentera dan pasangan; 47,728 adalah polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan 1,727 pengundi tidak hadir luar negara,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Anwar terkesan, sedih dengan kematian Presiden Raisi

DATUK Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa terkesan dan sedih menerima laporan kemalangan helikopter yang membabitkan Presiden Iran, Ebrahim Raisi...

Lagi Artikel Berkaitan