27.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Pemansuhan hukuman mati mandatori kuat kuasa hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AKTA Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846) berkuat kuasa hari ini setelah diluluskan Dewan Rakyat 3 April dan di Dewan Negara 11 April lalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berkata akta tersebut turut menerima perkenan diraja pada 9 Jun lalu dan diwartakan pada 16 Jun 2023.

“Pemansuhan hukuman mati mandatori dan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat di Malaysia bertujuan menghormati hak untuk hidup setiap individu di Malaysia sambil memastikan keadilan bagi semua pihak.

“Prinsip asas yang ingin diberikan penekanan oleh kerajaan, di sebalik setiap hukuman di Malaysia adalah pemulihan banduan agar mereka dapat kembali ke masyarakat dan menjadi individu yang dapat berkhidmat kepada keluarga, masyarakat dan negara, setelah selesai menjalani hukuman,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisements

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 (Akta 847) masih belum berkuat kuasa.

Bagaimanapun, ia sudah mendapat perkenan diraja pada 9 Jun lalu dan diwartakan pada 16 Jun.

“Akta 847 memperuntukkan bidang kuasa penyemakan sementara Mahkamah Persekutuan untuk mengkaji semula hukuman mati dan pemenjaraan sepanjang hayat yang telah dijatuhkan terhadap orang yang disabitkan.

“Reformasi undang-undang ini merupakan langkah awal dalam mentransformasi sistem keadilan jenayah di Malaysia,”katanya.

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan