29.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

Lantikan politik GLC: BERSIH kritik janji dibuat Muhyiddin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

GABUNGAN Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengkritik janji yang dibuat Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung lantikan politik ke syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sekiranya PN menang enam Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.

Jawatankuasa Pemandu BERSIH berkata, janji Pengerusi PN itu adalah satu bentuk salah guna kuasa yang bertentangan amalan tadbir urus baik.

“BERSIH menganggap kenyataan terbuka Muhyiddin dan janji lantikan politik ke GLC merupakan salah guna kuasa untuk memberi ganjaran kepada penggerak politik mereka.

“GLC ialah syarikat yang wujud untuk memelihara dan mengembangkan kekayaan awam dan bukan mesin ATM parti politik untuk meletakkan penyokong setia parti dalam senarai gaji negeri.

“Dalam mengisytiharkan hasratnya secara terbuka, kami juga tertanya-tanya sama ada ia satu bentuk pembelian undi untuk mendapatkan sokongan kumpulan tertentu,”katanya menerusi kenyataan kenyataan di sini.

Ujar BERSIH, bentuk naungan politik ini malangnya telah menjadi sebahagian daripada budaya politik kita dan setiap kerajaan berturut-turut.

Advertisements

“Ia termasuk Kerajaan Perpaduan semasa, juga bersalah kerana melantik ahli politik (sama ada wakil rakyat atau bukan wakil rakyat) ke lembaga pengarah GLC,”katanya.

Katanya, BERSIH konsisten sebagai pemerhati dan kumpulan pendesak di semua pentadbiran yang berbeza sepanjang tahun bahawa ahli politik yang merupakan wakil rakyat tidak harus dilantik ke GLC.

“Ini kerana tanggungjawab utama mereka adalah kepada pengundi mereka dan menjadi penggubal undang-undang dan bukan sebagai pengarah syarikat.

“Bagi ahli politik yang bukan wakil rakyat pula, kita mesti menyediakan proses yang jelas dan ketat untuk memastikan ketelusan dan hanya individu berkelayakan yang sesuai dilantik kerana mereka diamanahkan dengan aset awam.

“Sehubungan dengan itu, pengundi mesti bijak mengundi dalam pilihanraya negeri yang akan datang bagi memastikan parti atau calon yang komited dengan reformasi institusi untuk menghapuskan rasuah dipilih supaya negara kita dapat dibebaskan daripada belenggu naungan politik dan rasuah,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia alu-alukan resolusi PBB berhubung Palestin – Anwar

MALAYSIA mengalu-alukan Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa agar Majlis Keselamatan PBB menimbang semula permohonan Palestin...

Lagi Artikel Berkaitan