27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

King Sing dinasihat jangan hentam sesuka hati

Sekalipun unsur-unsur rasuah, menteri seharusnya mempunyai banyak cara dan yang paling berkesan adalah boleh terus berhubung dengan Menteri KDN

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Pelancongan, Kesenian, dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing dinasihatkan untuk mengetahui apakah garis bidang kuasa menteri dan bukannya main hentam sahaja sesuka hati.

Ini susulan tindakan menteri berkenaan yang tular sejak kelmarin dengan membuat kecoh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selain membongkar budaya rasuah yang berlaku membabitkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Salleh berkata, melawan rasuah itu perkara yang terpuji.

“Dan sekiranya ada sekalipun unsur-unsur rasuah, menteri seharusnya mempunyai banyak cara dan yang paling berkesan adalah boleh terus berhubung dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan bawa ke dalam mesyuarat kabinet.

“Bukannya masuk dan marah sesuka hati pegawai yang sedang bertugas dan menuduh pegawai tanpa bukti yang kukuh.

“Mereka juga ada hati dan perasaan yang perlu dijaga.

“Jika segala tuduhan yang dilontarkan oleh menteri kepada pegawai imigresen ini tidak benar saya mohon agar pegawai imigresen yang terlibat untuk membuat laporan polis bagi menjaga nama jabatan imigresen negara dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap jabatan imigresen,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Katanya, kepada menteri yang terlibat, pihaknya bercakap atas fakta, bukan merepek dan buat tuduhan sesuka hati tanpa bukti yang kukuh.

Advertisements

“Kamu kena ingat, kamu adalah menteri,bukan penjual bak kut teh.

“Setelah kenyataan yang telah diberikan oleh menteri berkenaan yang menuduh ada unsur rasuah di Jabatan Imigresen KLIA, ia adalah satu tuduhan yang berat dan perlu dijawab oleh pihak imigresen dan siasatan yang lengkap perlu dijalankan oleh pihak berwajib,”katanya.

Beliau berkata, tetapi sebelum itu ada beberapa soalan yang perlu diketahui oleh rakyat

“Adakah notis NTL(not to land) telah dikeluarkan keatas individu yang ditahan atas faktor dokumen tidak lengkap?

“Jika notis NTL itu telah dikeluarkan,adakah ia ditarik balik setelah campur tangan pihak ketiga?

“Dan jika ditarik balik,atas faktor apakah ia ditarik balik? Adakah dari kesilapan pegawai yang mengeluarkan notis NTL sebelum itu? ataupun secara tiba-tiba dengan campur tangan pihak ketiga menjadikan dokumen individu ditahan itu terus menjadi lengkap?

“Saya harap persoalan saya tadi dapat dijawab supaya rakyat dapat tahu apakah kisah yang sebenarnya berlaku,”katanya.- Edisi 9


Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan