29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

SPRM siasat dakwaan menteri wujud budaya rasuah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi jaminan akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan budaya rasuah membabitkan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, dakwaan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, itu juga akan disiasat dengan sewajarnya.

“SPRM akan mendapatkan maklumat daripada semua pihak dan menyiasat perkara itu sewajarnya.

“Oleh itu, kami menggesa orang ramai agar tidak mensensasikan atau membuat spekulasi mengenai perkara ini,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Media sebelum ini melaporkan King Sing mengakui beliau merupakan individu yang dilaporkan terbabit dalam kekecohan di ruang ketibaan antarabangsa KLIA.

Bagaimanapun, King Sing menafikan tuduhan bahawa kekecohan itu timbul kerana beliau menuntut Jabatan Imigresen membebaskan pelawat dari China.

Selain itu, King Sing turut menggesa SPRM melakukan operasi besar-besaran di KLIA bagi meneliti realiti sebenar di pintu masuk utama negara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan