Monday, July 20, 2026

Muhyiddin juga bakal letak jawatan Presiden Bersatu?

Dakwaan itu dibuat Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi susulan perkembangan terbaharu yang berlaku dalam PN.

Mesti Baca

BEKAS Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan turut melepaskan jawatan sebagai Presiden Bersatu setelah meletakkan jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mulai 1 Januari ini.

Dakwaan itu dibuat Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi susulan perkembangan terbaharu yang berlaku dalam PN.

ADUN Rengit itu berkata, beliau percaya Muhyiddin akan berbuat demikian sedikit masa lagi susulan gerakan dalaman untuk menjatuhkan beliau semakin kencang.

“Dia (Muhyiddin) sudah menghidu terlalu banyak pertemuan hotel sana, hotel sini, langkah sana, langkah sini. Cuma kali ini belum ada nama sesuai kepada langkah (move) tersebut.

“Tetapi Muhyiddin sudah tahu siapa orang kuat dia yang telah “cross the bridge” (menyeberangi jambatan).

“Kalau cuma empat sahaja lagi ahli Parlimen yang masih setia dengan dia, maka bagaimana boleh bertahan sebagai Presiden?

“Lebih baik letak semua jawatan sebelum kena “humiliated” (dihina). Itulah karma. Turun PM (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) sudah jadi “Turun Muhyiddin”,” kata Mohd Puad menerusi Facebook beliau hari ini.

Muhyiddin hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN bermula 1 Januari susulan kemelut yang melanda dalam kerajaan PN Perlis.

Sebelum ini, Muhyiddin dilaporkan kecewa dengan tindakan Pas yang dilihat memilih pendekatan konfrontasi secara terbuka terhadap Istana Perlis, sehingga mencetuskan ketegangan berpanjangan dan mencalar imej PN di negeri berkenaan.

Suara TV yang memetik sumber dalaman PN melaporkan, rasa tidak puas hati Muhyiddin memuncak susulan tindakan Pas berterusan menyerang Istana Perlis.

Sejak beberapa hari lepas PAS melahirkan pelbagai pandangan yang seolah-olah menyatakan Istana Perlis terlibat menjatuhkan Menteri Besar Perlis dari Pas kerana kepentingan projek.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila beberapa pemimpin Pas kemudian membuat kenyataan terbuka yang menyerang Istana Perlis, selain mengkritik Mufti Perlis yang mempertahankan kedudukan dan peranan Raja Perlis dalam krisis pentadbiran negeri.

Sementara itu menerusi hantaran lain, Mohd Puad berkata, adalah lebih baik sekiranya PN dibubarkan sahaja untuk menamatkan gabungan yang gagal dan tidak lagi relevan. 

“Tidak perlulah Pas fikir siapa calon sesuai untuk ambil alih. Lebih baik Pas cari jajaran baharu. Tebuk atap dan tikam belakang seperti di Perlis adalah kemuncak kegagalan PN. Nama pun dah busuk. Sebab itu “total loss” (kalah teruk) di Sabah.

“Letak jawatan bermakna Muhyiddin tahu dia tidak akan dapat kerjasama dan kepercayaan daripada Pas. 

“Dia juga tahu Pas akan meninggalkan Bersatu. Tapi siapakah teman jajaran baharu Pas,” katanya. — Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan