Sunday, June 14, 2026

KFC perkenal ‘bucket’ berbaloi dan koleksi ‘plushie’ Kepcibara

Setiap pembelian Bucket Berbaloi memberi peluang kepada pelanggan mendapatkan Kepcibara Blind Box, satu koleksi edisi terhad patung plushie capybara yang comel dan eksklusif, hanya di KFC.

Mesti Baca

KFC Malaysia memperkenalkan satu lagi inovasi menarik untuk penggemar ayam goreng dan peminat barangan koleksi dengan pelancaran Bucket Berbaloi dan Kepcibara Blind Box, yang dijangka mencuri tumpuan rakyat Malaysia sepanjang musim ini.

Promosi khas ini mula ditawarkan di Semenanjung Malaysia mulai 23 Julai dan bakal dilancarkan di Malaysia Timur pada 15 Ogos depan.

Menampilkan dua pilihan hidangan istimewa iaitu Kombo 6 ketul ayam bermula RM41.99 dan Kombo 10 ketul bermula RM67.99, Bucket Berbaloi bukan sahaja menawarkan sajian yang mengenyangkan, malah turut membawa pengalaman perkongsian yang lebih bermakna untuk seisi keluarga.

Lebih menarik, setiap pembelian Bucket Berbaloi memberi peluang kepada pelanggan mendapatkan Kepcibara Blind Box, satu koleksi edisi terhad patung plushie capybara yang comel dan eksklusif, hanya di KFC.

Kepcibara diperkenalkan dalam tiga watak utama iaitu Chiket, Buck Buck dan Zingi, yang mengisahkan tiga ekor capybara yang melarikan diri dari zoo kerana tertarik dengan aroma ayam goreng KFC.

Watak-watak ini direka khas dengan personaliti unik yang mana Chiket merupakan ketua yang ceria dan menjaga ketulan ayam KFC seperti harta karun.

Buck Buck pula si pendiam yang suka bersantai dalam bucket ayam sambil meniup buih manakala Zingi si lasak dan bergaya, penggemar burger pedas Zinger dan gosip hangat.

Setiap patung bersaiz 3.5 inci ini dijual pada harga hanya RM15.99 dengan pembelian Bucket Berbaloi. 

Kotak “blind box” ini memberikan elemen kejutan kerana pelanggan tidak akan tahu karakter mana yang mereka dapat sekaligus mendorong peminat untuk mengumpul kesemuanya.

Menurut kenyataan KFC Malaysia, Bucket Berbaloi menampilkan kombinasi menu yang penuh nilai termasuk ayam Resipi Asli atau Hot & Spicy, Cheezy Wedges, Kentang Putar serta minuman ringan, menjadikannya pilihan ideal untuk perkongsian bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Ini bukan sekadar tentang makanan. Kami ingin membawa keceriaan dan mencipta kenangan manis melalui pengalaman makan yang menyeronokkan,” ujar KFC Malaysia dalam kenyataan baru-baru ini.

Promosi ini boleh didapati di semua cawangan KFC di seluruh negara termasuk melalui aplikasi KFC dan laman web rasmi KFC.com.my, tertakluk kepada ketersediaan stok.

Dengan gabungan rasa lazat dan sentuhan comel, kempen ini bukan sahaja menyelerakan, malah mencetuskan fenomena baharu dalam kalangan penggemar ayam goreng dan pencinta plushie. — Edisi 9

Related posts:

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan