24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

MPAJ batal lesen premis tular tikus ‘jilat’ ayam goreng

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

NOTIS Pengesahan Pembatalan Lesen (NPPL) telah dikeluarkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ke atas premis yang tular terdapat seekor tikus ‘jilat’ ayam goreng sebelum ini.

Yang Dipertua MPAJ, Mohd. Fauzi Mohd. Yatim berkata, tindakan pengeluaran notis secara serta-merta tersebut dibuat selaras dengan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) yang telah mengeluarkan Notis Perintah Tutup pada Sabtu lalu.

Jelas beliau, tindakan sitaan atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen juga akan dijalankan sekiranya premis masih beroperasi setelah NPPL dikeluarkan.

“Permohonan lesen baru hanya akan dipertimbangkan sekiranya semua syarat terutamanya berkaitan kebersihan dipatuhi sepenuhnya.

Advertisements

“Pemeriksaan kebersihan premis makanan dari segi kawasan penyajian dan penyediaan makanan serta kawalan serangga perosak di premis juga dijalankan secara berkala oleh MPAJ,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Fauzi berkata, berdasarkan rekod pemeriksaan lalu, penarafan kebersihan premis tersebut adalah pada Gred B bagi Jun 2021 dan terbaru adalah pada Januari 2022.

Kata beliau, MPAJ sentiasa memantau kawalan kebersihan setiap premis makanan bagi memastikan syarat-syarat dan peraturan-peraturan sentiasa dipatuhi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan