Thursday, July 23, 2026

Enam beregu negara teruskan kemaraan di Terbuka China

Chen Tan Jie-Toh Ee Wei mempamerkan semangat juang tinggi ketika menewaskan pasangan China apabila ketinggalan 11-19 sebelum berjaya menyamakan kedudukan 20-20 dan menang 22-20.

Mesti Baca

BEREGU lelaki No. 2 dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik bersama lima lagi beregu negara berjaya meneruskan kemaraan ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka China di Changzhou hari ini.

Aaron-Wooi Yik tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyingkirkan pasangan adik beradik dari Perancis, Christo Popov-Toma Junior Popov dengan 21-71, 21-18 di pusingan 16.

Turut cemerlang, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang menewaskan pasangan Thailand, Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh 21-16, 21-16.

Bagi beregu wanita, dua wakil negara berjaya melepasi pusingan 16 iaitu beregu No 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah serta Go Pei Kee-Teoh Mei Xing.

Pearly-Thinaah yang masih segar sebagai naib juara Terbuka Jepun minggu lalu, menyingkirkan Rui Hirokami-Sayaka Hobara 21-17, 21-13.

Manakala Pei Kee-Mei Xing pula menundukkan satu lagi pasangan Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi 26-21, 7-21, 21-18.

Sementara itu Chen Tan Jie-Toh Ee Wei menujukkan semangat juang tinggi apabila menyingkirkan pasangan tuan rumah Gao Jia Xua-Wu Meng Ying 22-20, 21-17.

Pada set pertama beregu campuran negara itu ketinggalan 5-11, 11-19 dan 14-20 sebelum berjaya menyamakan kedudukan 20-20 seterusnya memenanginya dengan 22-20.

Satu lagi beregu lelaki negara turut mengesahkan tempat ke suku akhir apabila Mohd Nur Azryn Ayub-Tan Wee Kiong dan Man Wei Chong-Kai Wun Tee bertemu sesama sendiri, sekali gus mengesahkan satu lagi slot ke suku akhir beregu lelaki milik negara. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan