Friday, July 24, 2026

Pet World sasar tingkat penguasaan pasaran tahun ini 

Jangkaan itu berdasarkan keupayaan syarikat untuk menguasai 12 peratus pasaran milik pesaingnya, selain menikmati pertumbuhan tahunan sebanyak 8 peratus.

Mesti Baca

PENGELUAR makanan haiwan peliharaan terkemuka, Pet World Nutritions (Pet World), menjangkakan penguasaan pasaran sebanyak 20 peratus pada tahun ini.

Pengasas dan juga Ketua Pegawai Eksekutifnya, Choy Peng Yew berkata, jangkaan itu berdasarkan keupayaan syarikat untuk menguasai 12 peratus pasaran milik pesaingnya, selain menikmati pertumbuhan tahunan sebanyak 8 peratus.

Pet World, yang merupakan peneraju pasaran makanan haiwan peliharaan tempatan secara keseluruhan, kini menguasai 25 peratus pasaran. 

Bagi haiwan peliharaan kucing, ia menguasai 17 peratus manakala anjing pula sebanyak 37 peratus.

Bagaimanapun, Peng Yew berkata, Pet World, yang melancarkan pelbagai kategori makanan haiwan peliharaan setiap tahun melalui inovasi berterusan, tidak merancang untuk memasuki pasaran lain seperti Amerika Syarikat dan Eropah.

“Pasaran makanan haiwan peliharaan di Asia Tenggara sahaja dilaporkan bernilai berbilion ringgit, jadi kami akan hanya memberikan tumpuan kepada pasaran serantau selain menjuarai pasaran tempatan.

“Tahun ini, kami yakin jualan syarikat meningkat sehingga 20 peratus, meliputi kira-kira 50,000 tan,” kata Peng Yew sambil menambah bahawa Pet World kini turut mengeksport produknya ke lebih 10 buah negara di Asia Tenggara dan Asia Selatan.

Katanya lagi, Pet World, yang merupakan antara tiga pengeluar makanan haiwan peliharaan di Malaysia, manakala selebihnya terdiri daripada pembekal makanan import kini muncul sebagai syarikat pertama yang menawarkan Program Jaminan Pulangan Wang 100 peratus bagi setiap pembelian.

Sambil menyifatkannya sebagai komitmen yang jarang ditawarkan dalam industri tempatan, Peng Yew  menambah bahawa pelanggan yang tidak berpuas hati boleh mengemukakan tuntutan dalam tempoh 14 hari, dengan syarat produk masih berada dalam keadaan asal dan dibeli daripada peruncit sah.

Beliau berkata demikian pada sesi lawatan media ke Ibu Pejabat Pet World yang bernilai RM50 juta di Seksyen 16 di Shah Alam hari ini. 

Dalam sesi ini, pengamal media dibawa meninjau operasi syarikat itu, antaranya meliputi makmal penyelidikan dan kilang pengeluaran produknya.

Kilang yang menjadi sebahagian daripada ibu pejabat hijau (mesra alam) beroperasi secara automasi sepenuhnya dengan hanya mempunyai 17 pekerja.  

Mengulas lanjut tentang perancangan syarikat, Peng Yew berkata, Pet World juga secara agresif merancang untuk melancarkan produk makanan segar haiwan peliharaan yang mutunya setanding dengan makanan yang dihasilkan untuk kegunaan manusia.

“Kami juga sibuk dengan perancangan untuk membangunkan taman kucing bernilai RM15 juta di Cyberjaya. Taman iniakan menjadi pusat penyelidikan makanan kucing yang dijangka siap hujung tahun depan,” katanya.

Peng Yew  berkata, Pet World sedang melancarkan kempen ‘Hanya Yang Terbaik Untuk Si Comel Anda’ bagi memperkukuhkan komitmen syarikat terhadap kualiti, inovasi dan kelestarian, selaras dengan keperluan generasi baharu pemilik haiwan peliharaan.

“Sejak ditubuhkan pada tahun 2006, kami terus komited membangunkan makanan haiwan peliharaan yang diformulasikan secara saintifik, menjurus kepada pelbagai keperluan kesihatan — daripada penghadaman sensitif hingga penjagaan kulit dan bulu.

“Kami akan terus mempertingkat usaha kajian dan penyelidikan, terutama yang berkaitan dengan nutrisi makanan kucing dan anjing,” tambah beliau.

Lima jenama utama Pet World ialah ProDiet dan Delizios bagi makanan kucing, manakala ProBalance, Simple dan Le Gourmet khusus untuk anjing. 

Related posts:

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan