Tuesday, July 21, 2026

Azurin jadi penyelamat! Malayan Tigress jinakkan Palestin

Gol tunggal skuad kebangsaan dijaringkan oleh Farahiyah Ridzuan yang menampan lorongan cantik Nur Adrienna Zamzaihiri pada minit ke-85,

Mesti Baca

MALAYSIAN Tigress bermula garang dalam aksi pertama Kumpulan H Kelayakan Piala Asia Wanita 2026 apabila menjinakkan Palestin 1-0 di Stadium Republican Central, Dushanbe malam tadi.

Palestin nyaris membuka jaringan seawal minit ke-24 selepas dihadiahkan sepakan penalti, namun ketangkasan penjaga gol, Nur Azurin Mazlan berjaya menafikan peluang tersebut.

Tidak hanya itu pemain yang berkelana di Eropah untuk kelab FKK Vllaznia di Albania nyata menjadi tembok kebal di gawang.

Aksi tangkasnya menafikan deretan percubaan Palestin sekali gus menyelamatkan maruah Malayan Tigress.

Kemasukan pemain gantian, Farahiyah Ridzuan, juga menjadi taruhan yang tepat.

NUR AZURIN MAZLAN

Masuk sebagai super-sub, dia tidak menunggu lama untuk menjadi wira apabila tenang menampan lorongan cantik Nur Adrienna Zamzaihiri pada minit ke-85 sekali gus menghadiahkan tiga mata berharga buat negara.

Skuad kendalian Joel Cornelli jelas tidak mahu mengulangi episod suram di pentas antarabangsa, dan kemenangan ini jadi tonik terbaik sebelum berdepan cabaran lebih getir bertemu tuan rumah, Tajikistan selepas ini.

Hanya juara kumpulan layak ke pusingan akhir, dan buat rekod, Malaysia kali terakhir layak ke Piala Asia pada tahun 1995 selaku tuan rumah. 

Paling cemerlang? Tempat ketiga di edisi 1983 di Thailand.

Harapan kini menggunung. Ayuh Malayan Tigress, terus mengaum!

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan