25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

TMJ mahu tubuh pasukan bola sepak wanita JDT

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim merancang menubuhkan pasukan bola wanita bagi kelab selatan tanah air itu.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu memberitahu, perkara tersebut masih dalam peringkat perancangan dan persiapan rapi perlu dibuat sebelum penubuhan pasukan berkenaan.

“Dalam perancangan. Ada sesiapa hendak main untuk pasukan wanita JDT?” katanya menerusi ciapan Twitter hari ini.

TMJ membalas pertanyaan pemain bola sepak wanita kebangsaan, Steffi Sidhu dalam sebuah portal sukan mengenai hasratnya melihat Tunku Ismail menubuhkan pasukan wanita JDT.

Sebelum ini, penyiar radio Hot FM, Farah Fauzana turut melontarkan persoalan sama tentang kemungkinan TMJ menubuhkan pasukan bola sepak wanita dalam segmen Bekpes Pagi Hot FM.

Sejak mengambil-alih JDT, TMJ berjaya memacu kelab ke arah kejayaan apabila menang Piala AFC, Piala Malaysia, Piala FA dan mencipta rekod menjuarai Liga Super sebanyak sembilan tahun berturut-turut.

Terbaharu, kelab dari selatan tanah air itu menubuhkan pasukan futsal mereka dan bersaing dalam kejohanan Liga Premier Futsal Malaysia 2023. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan