24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

70,000 OKU terbabit dadah jalani pemulihan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 70,000 orang kurang upaya (OKU) terbabit dengan rawatan pemulihan dadah di bawah kendalian Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di seluruh negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, rawtaan berkenaan dilaksanakan sama ada di dalam pusat rawatan atau komuniti.

Menurutnya, menerusi pengendalian AADK di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen), rawatan yang diterima oleh OKU adalah seramai 85 orang.

“Untuk makluman, kita akan menilai pesakit-pesakit OKU. Jika benar-benar tidak ada keupayaan mereka akan dirawat melalui komuniti.

“Tetapi jika OKU yang ada kemampuan fizikal, rawatan akan dibuat dalam pusat rawatan kita di Puspen,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) bilangan OKU terbabit dengan rawatan dadah seluruh Malaysia dan cadangan menggunakan Pusat Khidmat Latihan Negara (PLKN) untuk merawat mereka.

Bahkan Mohd Suhaimi turut mencadangkan penggunaan hospital daerah untuk menempatkan golongan tersebut sementara waktu ketika waris tiada.

“Kami pernah mencadangkan agar pusat latihan khidmat negara (PLKN) digunakan untuk OKU ini ataupun di hospital daerah kerana di setiap hospital daerah terdapat kekosongan dan kadang-kadang ada bangunan yang kosong yang tidak dipakai.

Advertisements

“Ini kerana supaya ibu bapa anak-anak ini dapat melihat anak-anak mereka secara dekat, maklumlah mereka ini OKU dan kadang-kadang terpaksa pergi jauh,” katanya.

Mengenai cadangan menggunakan PLKN bagi rawatan pemulihan dadah untuk OKU, Shamsul berkata, kerajaan mempunyai perancangan untuk menambah pusat rawatan.

“Kita memang ada perancangan untuk menambah (pusat rawatan) berdasarkan keperluan tetapi tidak lagi menjurus kepada penggunaan PLKN,” katanya.

Beliau juga memaklumkan dari masa ke masa, latihan meningkatkan keupayaan pegawai AADK untuk mengendalikan rawatan kepada OKU sentiasa dilaksanakan.

“Dari masa ke masa, kita memang mengadakan latihan dan meningkatkan keupayaan pegawai kita untuk berurusan dan mengendalikan rawatan kepada OKU.

“Kita juga menggalakkan NGO, badan-badan kerajaan untuk bersama terutama sekali rawatan dalam program komuniti kita,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan