SEORANG pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 7, Shah Alam, Selangor cemas seketika pada hari pertama sesi persekolahan apabila kaki kanannya tersepit pada besi penutup longkang, pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pelajar berusia 16 tahun itu terjatuh dan tersepit pada besi penutup longkang selama 20 minit sebelum diselamatkan.
Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.08 pagi dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam digerakkan lokasi.
“Pasukan penyelamat yang hadir mengeluarkan kaki mangsa menggunakan peralatan khas.
“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada sekolah untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
-EDISI9