26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

KDN serah kepada SPRM siasat penyelewengan sukuk

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat pegawai KDN yang disyaki terlibat dalam penyelewengan perjanjian sukuk bernilai RM596 juta.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, SPRM harus diberi ruang seluas-luasnya untuk menunaikan tugas dan tanggungjawab mereka mengikut lunas undang-undang.

“SPRM bebas menjalankan apa jua siasatan yang sesuai dengan tugas dan kewujudannya,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sambutan Peringatan Hari Polis ke-216 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di Kuala Lumpur hari ini.

Rabu lepas, SPRM menahan empat individu termasuk pengarah dan ketua pegawai kewangan sebuah syarikat bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dalam perjanjian sukuk yang melibatkan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

Kesemua suspek yang berumur antara 40 dan 55 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, dan beberapa media turut melaporkan SPRM dijangka memanggil pegawai KDN bagi membantu siasatan.

Baca juga:   Farhash nafi sitaan wang ahli politik cecah jutaan ringgit

Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai kebajikan warga Polis Diraja Malaysia, Saifuddin Nasution berkata, perkara itu adalah satu usaha yang berterusan, dan bukan bermusim atau dilakukan bersempena sambutan Hari Polis semata-mata. – BERNAMA

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan