Wednesday, July 22, 2026

Chamrun Digital bantu perkasa AI kalangan penjawat awam

Ia merupakan antara inisiatif latihan AI terbesar seumpamanya dalam sektor awam, sekali gus menandakan komitmen kukuh kerajaan dalam mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0.

Mesti Baca

USAHA mempercepat transformasi digital sektor awam negara menerima suntikan baharu apabila Chamrun Digital melalui Chamrun AI berganding bahu dengan Kementerian Digital menganjurkan seminar kecerdasan buatan (AI) berskala besar khusus untuk penjawat awam.

Seminar sehari bertajuk “Memperkasa Transformasi Sektor Awam Malaysia melalui Generative AI” yang berlangsung di ibu pejabat Kementerian Digital hari ini, menghimpunkan lebih 180 pegawai kanan mewakili 28 kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

Ia merupakan antara inisiatif latihan AI terbesar seumpamanya dalam sektor awam, sekali gus menandakan komitmen kukuh kerajaan dalam mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0.

Antara pengisian utama ialah taklimat mengenai Agenda Kecerdasan Buatan Kebangsaan, pengenalan kepada Generative AI (Gen AI), aplikasi Large Language Models (LLM), serta seni bina AI Agent dan Agentic AI. 

Turut ditampilkan ialah demonstrasi praktikal penggunaan model Retrieval-Augmented Generation (RAG) yang dibangunkan khas bagi kegunaan sektor kerajaan.

DR BEHRANG PAHIZKAR

Seminar itu turut menekankan pendekatan praktikal, membolehkan peserta mengendalikan sendiri ejen AI dan platform agentik milik Chamrun AI dalam simulasi aliran kerja kerajaan. 

Latihan ini memberi pendedahan bagaimana AI boleh mengautomasikan proses kompleks, meningkatkan kecekapan pentadbiran dan memperkukuh penghasilan dasar berasaskan data.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Chamrun Digital, Adj. Prof. Dr. Behrang Parhizkar – Hani berkata, kolaborasi ini sejajar dengan aspirasi Malaysia menjadi peneraju dalam penerapan teknologi AI secara bertanggungjawab dalam sektor awam.

“Kami berbangga dapat menyokong visi Kementerian Digital dengan memperkasakan penjawat awam melalui peralatan AI terkini serta pengetahuan strategik. 

“Ini hanyalah permulaan, kerjasama berterusan ini akan memastikan Malaysia terus berada di barisan hadapan dalam inovasi sektor awam berasaskan AI,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Program berkenaan menerima sambutan menggalakkan, dengan ramai peserta menyuarakan keyakinan baharu untuk meneroka penggunaan Gen AI dalam menambah baik fungsi kerajaan dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Chamrun AI turut mengumumkan bahawa seminar ini hanyalah permulaan kepada siri latihan berskala nasional yang akan diteruskan bersama agensi kerajaan sepanjang tahun 2025 dan seterusnya.

Related posts:

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan