Tuesday, July 21, 2026

Ziarah Kasih YKM suntik semangat Arvina sambut Kaamatan

Arvina yang kehilangan suami akibat COVID-19 pada 2022 kini membesarkan empat anak yang masih bersekolah tanpa pendapatan tetap.

Mesti Baca

SAMBUTAN Pesta Kaamatan kali ini membawa makna besar buat seorang ibu tunggal, Arvina Chris Nolvi, 38, selepas menerima kunjungan daripada Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) di Kampung Kilirip, Kinarut, Papar, Sabah semalam.

Arvina yang kehilangan suami akibat COVID-19 pada 2022 kini membesarkan empat anak yang masih bersekolah tanpa pendapatan tetap dan hanya bergantung kepada bantuan bulanan daripada YKM untuk teruskan hidup.

“Saya sangat bersyukur dan terharu dengan keprihatinan YKM. Bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban saya, apatah lagi menjelang Pesta Kaamatan,” katanya ketika ditemui.

Ziarah itu adalah sebahagian daripada program tahunan Ziarah Kasih oleh YKM setiap kali musim perayaan utama seperti Pesta Kaamatan di Sabah.

Pengerusi YKM, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya komited memastikan tiada keluarga yang terkesan akibat pandemik terpinggir daripada menerima bantuan.

“Penerima YKM berada di seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan. Setiap kali musim perayaan penting, kita akan turun padang menyantuni mereka.

“Ini bukti usaha inklusif kita agar semua ahli Keluarga Malaysia dapat merasai kegembiraan walaupun diuji dengan pelbagai kesusahan,” katanya.

Turut hadir, Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri I merangkap Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Jamal Norubit @ Nerubi.

Pesta Kaamatan yang diraikan masyarakat Kadazan Dusun, Murut dan Rungus pada setiap Mei merupakan simbol kesyukuran atas hasil tuaian dan kekuatan komuniti. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan