Sunday, July 19, 2026

93.4 peratus pengundi awal PRK DUN Ayer Kuning – SPR

Proses mengundi awal bagi PRK Dewan Negeri N.48 Ayer Kuning, Perak melibatkan seramai 500 orang pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis dan pasangan polis PGA.

Mesti Baca

SEBANYAK 93.4 peratus daripada 500 pengundi awal menunaikan tanggungjawab mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Tapah hari ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, dua pusat mengundi awal dibuka hari ini.

Katanya, pusat tersebut ialah di Dewan Anggerik, Kompleks Perumahan IPD Tapah yang bermula pada pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari dan di Dewan Rekreasi Pegawai Kanan, Batalion 3 PGA Bidor bermula 8 pagi sehingga 5 petang.

“Proses mengundi awal bagi PRK Dewan Negeri N.48 Ayer Kuning, Perak melibatkan seramai 500 orang pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis dan pasangan polis PGA. 

“Peratus keluar mengundi bagi hari mengundi awal adalah sebanyak 93.4 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selesai… Antara pengundi awal yang membuang undi PRK DUN Ayer Kuning di Dewan Rekreasi Pegawai Kanan, Batalion 3 PGA Bidor. – Foto: SPR

Sehubungan itu, SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik pada hari ini.

“Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Penerangan Malaysia, pengamal media dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada SPR,” katanya.

PRK DUN Ayer Kuning menyaksikan saingan tiga penjuru antara Mohamad Yusri; Abdul Muhaimin Malek mewakili Perikatan Nasional dan Bawani KS daripada Parti Sosialis Malaysia.

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin akibat serangan jantung selepas menyertai perlawanan bola persahabatan di Pulau Pinang, pada 22 Februari lalu.

SPR menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari sejurus proses penamaan calon pada 12 April lalu hingga jam 11.59 malam, Jumaat ini. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan